Tuesday, February 9, 2010

Tahukah anda?

Salam..bertemu lagi kita semua.
Tahukah anda bahawa amalan-amalan kita kadangkala sebenarnya adalah amalan yg dibawa turun temurun dari peninggalan nenek moyang kita. Amalan ini dalam pelbagai bentuk sama ada bacaan ayat tertentu, amalan setiap pagi, makanan tertentu dan segala bentuk lagi.

Kadangkala amalan ini syirik..tetapi kita masih melakukannya kononnya itu adalah ikutan dan diturunkan oleh ibu bapa dan nenek moyang kita.

Dalam tidak sedar sebenarnya amalan berkenaan adalah amalan yg disukai oleh jin yang mengikut keturunan kita.

Jin inilah sebenarnya didalam bahasa melayu dipanggil saka. Jin ini mahukan sesuatu, jika kita ikutkan perangainya maka dia akan suka dengan kita. Segala bentuk kejahatan yang kita lakukan semakin digemarinya.

Maka tidak heran kebanyakkan orang yang kena saka mempunyai latar belakang hidup yang kurang beribadat, kurang solat, dan menghampiri kejahatan.

Hati-hatilah dengan perkara ini..berubatlah..masih ada masa sebelum kita terus membawanya kedalam keturunan kita.

No comments:

Post a Comment