Tuesday, April 14, 2009

Sekadar Renungan-Saka

Salam dari Pusat Rawatan Nur Hikmah

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW).

Syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan taufik dan hidayahnya website ini dapatdisiapkan . Kami berharap amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran, iaitu perubatan yang kami namakan Perubatan Nur Hikmah ini dapat diperkembangkan dan dipraktikkan di kalangan umat Islam.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.